Posts

Showing posts from November, 2020

Projek Bantu Anak Asnaf Berkhatan

Image
  Projek Bantu Anak Asnaf Berkhatan Dana diperlukan RM 1500.00 sahaja bagi menjayakan projek ini.  Rayuan sumbangan daripada para budiman untuk projek ini bagi sama-sama kita membantu anak-anak asnaf disekitar Parlimen Padang Besar.  Sumbangan para budiman sekalian boleh disalurkan melalui akaun bank NGO seperti berikut: Nama Akaun: PERTUBUHAN PEMBANGUNAN ANAK PADANG BESAR PERLIS No. Akaun: 888 1040 582 615 (Ambank Islamic Berhad, Cawangan Kangar, Perlis) Butiran sumbangan boleh What'sApp kepada Bendahari NGO ditalian 011-61476170 dan resit rasmi akan dikeluarkan oleh pihak NGO.

Program Jualan Amal Pakaian Terpakai NGO Anak Padang Besar

Image
Program Jualan Amal Pakaian Terpakai NGO Anak Padang Besar   Mulai esok 21 November 2020, Pertubuhan Pembangunan Anak Padang Besar Perlis akan menganjurkan Program Jualan Amal Pakaian Terpakai NGO Anak Padang Besar yang mensasarkan jualan pakaian terpakai hanya RM 1.00 sahaja bertempat di Hadapan Pasaraya Ika, Balai Baru, Beseri, Perlis bermula jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.  Semua dijemput hadir memeriahkan program jualan amal ini ☺️ Hasil daripada jualan amal ini akan disalurkan terus ke tabung Kebajikan NGO Anak Padang Besar bagi membantu golongan asnaf yang memerlukan di seluruh kawasan Parlimen Padang Besar Perlis.  Kami juga mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada para budiman untuk menjayakan Projek Bantu Orang Susah. Sumbangan kalian juga boleh disalurkan melalui akaun bank NGO seperti berikut: Nama Akaun: PERTUBUHAN PEMBANGUNAN ANAK PADANG BESAR PERLIS No. Akaun: 888 1040 582 615 (Ambank Islamic Berhad, Cawangan Kangar, Perlis)

Program Sambutan Hari Lahir Bersama Anak-anak Rumah Teduh Contribution, Perlis

Image
6 November 2020 | Program Pertama: Sambutan Hari Lahir Bersama Anak-anak Rumah Teduh Contribution, Perlis. Program ini dicadangkan oleh Timbalan Presiden Pertubuhan Pembangunan Anak Padang Besar Perlis, saudara Mohd Firdaus Baharudin untuk meraikan sambutan hari lahir anak-anak di Rumah Teduh.  Program ini mendapat penajaan daripada berapa pihak antaranya Walid Kebab Taman Sena Indah, Aiskrim Mokti's HQ Malaysia, seorang hamba Allah yang menyumbang baju-baju terpakai & kostium Spiderman dari saudara Hanizan Hadrus.  Hadir sama memeriahkan program petang tadi adalah YB Asrul Nizan Abd Jalil, ADUN Sena serta YB Gan Ay Lin, ADUN Indera Kayangan.  Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan penganjur program ini.  #NGOKebajikan #AnakPadangBesar #Pendidikan #Ekonomi #Kebajikan

Pertubuhan Pembangunan Anak Padang Besar Perlis (Anak Padang Besar) Telah Diluluskan Pendaftaran

Image
Pertubuhan Pembangunan Anak Padang Besar Perlis (Anak Padang Besar) Telah Diluluskan Pendaftaran Alhamdulillah, Hari ini tanggal 5 November 2020, Pertubuhan Pembangunan Anak Padang Besar Perlis telah mendapat kelulusan penubuhan secara sah daripada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Perlis (ROS Perlis).  Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak ROS Perlis terutamanya Tuan Pengarah serta Encik Asri yang telah memberi Kelulusan ini serta memberi tunjuk ajar kepada kami semasa urusan penubuhan.  Anak Padang Besar memfokuskan tiga agenda utama khusus untuk penduduk di Parlimen Padang Besar iaitu: 〽️ PENDIDIKAN  〽️ PEMBANGUNAN EKONOMI  〽️ KEBAJIKAN MASYARAKAT (Logo Rasmi Pertubuhan Pembangunan Anak Padang Besar Perlis) (Sijil Pendaftaran Pertubuhan Pembangunan Anak Padang Besar Perlis) Keahlian dibuka khusus untuk penduduk di Parlimen Padang Besar Perlis yang berumur 18 tahun keatas. Keahlian remaja jugak dibuka untuk yang berumur di bawah 18 tahun. Ba

Pertubuhan Pembangunan Anak Padang Besar Perlis (Penaja)

Image
Anak Padang Besar adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dianggotai anak muda yang berumur bawah 35 tahun. Pendaftaran pertubuhan ini telah diserahkan kepada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Perlis pada 2 November 2020 dan sedang menunggu Kelulusan.  Pertubuhan Pembangunan Anak Padang Besar Perlis memfokuskan kepada 3 perkara besar iaitu PENDIDIKAN - PEMBANGUNAN EKONOMI - KEBAJIKAN MASYARAKAT