Pertubuhan Pembangunan Anak Padang Besar Perlis (Anak Padang Besar) Telah Diluluskan Pendaftaran
Pertubuhan Pembangunan Anak Padang Besar Perlis (Anak Padang Besar) Telah Diluluskan Pendaftaran
Alhamdulillah, Hari ini tanggal 5 November 2020, Pertubuhan Pembangunan Anak Padang Besar Perlis telah mendapat kelulusan penubuhan secara sah daripada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Perlis (ROS Perlis).
Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak ROS Perlis terutamanya Tuan Pengarah serta Encik Asri yang telah memberi Kelulusan ini serta memberi tunjuk ajar kepada kami semasa urusan penubuhan.
Anak Padang Besar memfokuskan tiga agenda utama khusus untuk penduduk di Parlimen Padang Besar iaitu:
〽️ PENDIDIKAN
〽️ PEMBANGUNAN EKONOMI
〽️ KEBAJIKAN MASYARAKAT
(Logo Rasmi Pertubuhan Pembangunan Anak Padang Besar Perlis)
(Sijil Pendaftaran Pertubuhan Pembangunan Anak Padang Besar Perlis)
Keahlian dibuka khusus untuk penduduk di Parlimen Padang Besar Perlis yang berumur 18 tahun keatas. Keahlian remaja jugak dibuka untuk yang berumur di bawah 18 tahun. Bagi yang berminat untuk sertai kami, silap klik PENDAFTARAN.
Comments
Post a Comment