TERIMA KASIH UNIC CARE PERLIS
Pada tanggal 25 April 2021 yang lalu, kami telah menziarahi makcik Timah (bukan nama sebenar) di rumah beliau di Beseri, Perlis. Makcik Timah telah memaklumkan bahawa memerlukan memerlukan kenderaan untuk ke Hospital atau Klinik Kesihatan bagi mendapat rawatan serta pemeriksaan rutin kesihatan beliau. Sebelum ini beliau menggunakan perkhidmatan teksi dari rumah beliau menuju ke Hospital atau Klinik Kesihatan dan sudah tidak mampu membiaya perjalanan terbabit sehingga terpaksa 'skip' sekali temujanji bertemu Doktor di HTF. Selepas pertemuan kami itu, kami telah menghubungi UNIC CARE north.my (Saudara Rizal) bagi mendapat maklumat mengenai perkhidmatan Ambulan UNIC Care dan menceritakan mengenai permasalahan yang berlaku dalam cerita makcik Timah ini. Saudara Rizal dari UNIC Care memaklumkan akan menghubungi makcik Timah dan akan cuba membantu keluarga Makcik Timah. Alhamdulillah, pagi tadi (30 April 2021) kami telah dikhabarkan bahawa makcik Timah telah dibantu oleh pasukan U