TERIMA KASIH UNIC CARE PERLIS
Pada tanggal 25 April 2021 yang lalu, kami telah menziarahi makcik Timah (bukan nama sebenar) di rumah beliau di Beseri, Perlis. Makcik Timah telah memaklumkan bahawa memerlukan memerlukan kenderaan untuk ke Hospital atau Klinik Kesihatan bagi mendapat rawatan serta pemeriksaan rutin kesihatan beliau. Sebelum ini beliau menggunakan perkhidmatan teksi dari rumah beliau menuju ke Hospital atau Klinik Kesihatan dan sudah tidak mampu membiaya perjalanan terbabit sehingga terpaksa 'skip' sekali temujanji bertemu Doktor di HTF.
Selepas pertemuan kami itu, kami telah menghubungi UNIC CARE north.my (Saudara Rizal) bagi mendapat maklumat mengenai perkhidmatan Ambulan UNIC Care dan menceritakan mengenai permasalahan yang berlaku dalam cerita makcik Timah ini.
Saudara Rizal dari UNIC Care memaklumkan akan menghubungi makcik Timah dan akan cuba membantu keluarga Makcik Timah.
Alhamdulillah, pagi tadi (30 April 2021) kami telah dikhabarkan bahawa makcik Timah telah dibantu oleh pasukan UNIC Care dengan perkhidmatan Ambulan mereka dari rumah makcik Timah ke Klinik Kesihatan Beseri.
Di dalam krateria yang ditetapkan oleh pihak UNIC Care, makcik Timah tidak perlu membayar dan perkhidmatan Ambulan ini ditanggung secara percuma oleh pihak UNIC Care, Alhamdulillah 😍 Didoakan semoga Allah SWT merahmati dan murahi rezeki pasukan UNIC Care keseluruhannya.
Untuk pengetahuan semua, UNIC Care adalah sebuah pertubuhan berdaftar dan menjalankan pelbagai program-program kebajikan. Oleh itu, kepada para budiman yang sudi membantu mereka, boleh salurkan sumbangan melalui akaun bank UNIC Care:
Nama Akaun: PERTUBUHAN UNIC PRIHATIN
No. Akaun: 5522 1901 0779 (Maybank)
Untuk pertanyaan :☎️ 012 491 7743 atau tekan wasap
http://wasap.my/60124917743
#ambulansUtara
#perlis
#pertubuhanUNICprihatin
#PakatSamaBantu
UNIC CARE memberi perkhidmatan #PERCUMA untuk golongan tidak berkemampuan.
Terima kasih. UNIC Care #pakatsamabantu
ReplyDelete