NGO Anak Padang Besar Melancarkan Tabung Khas Membantu Makcik Timah
"𝑻𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂 𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒂𝒏𝒂𝒌-𝒂𝒏𝒂𝒌, 𝒊𝒏𝒊 𝒌𝒂𝒍𝒊 𝒑𝒆𝒓𝒕𝒂𝒎𝒂 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒂𝒊 𝒓𝒖𝒎𝒂𝒉 𝒎𝒂𝒌𝒄𝒊𝒌 𝒃𝒂𝒈𝒊 𝒃𝒂𝒏𝒕𝒖𝒂𝒏"
Petang kemarin waktu dalam misi membantu beberapa penduduk, Sdr. Dzairi Asrul (Ketua Aktivis NGO Anak Padang Besar) telah menghubungi kenalan beliau Abang Gi untuk mendapatkan maklumat adakah terdapat asnaf ataupun golongan yang memerlukan di kawasan Beseri ini. Alhamdulillah Abang Gi telah memaklumkan terdapat sebuah keluarga sangat memerlukan iaitu keluarga Makcik Timah (bukan nama sebenar).
Saya bersama Dzairi, Ray Hunter & Hadzrol Fahmi Mohd Saleh terus menuju ke rumah makcik tersebut. Setelah sampai, Makcik Timah baru selesai solat Asar dan menjemput kami untuk masuk ke dalam rumah beliau. Makcik Timah telah memaklumkan kepada kami bahawa beliau telah menghidap penyakit parkinson (sejak 4 tahun lalu jika tak silap saya lah) dan mempunyai kesukaran untuk melakukan aktiviti harian. Beliau juga memaklumkan kepada kami bahawa beliau turut menghidap beberapa penyakit lain iaitu diabetes serta hypertension dan perlu menjalani pemeriksaan rutin di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
Beliau turut menceritakan kesukaran untuk ke HTF kerana terpaksa menggunakan perkhidmatan teksi dengan biaya sebanyak RM 25.00 setiap kali menggunakan perkhidmatan teksi tersebut. Beliau maklumkan tidak mampu untuk membayar biaya sedemikian dan terpaksa 'skip' sekali temujanji bertemu Doktor atas faktor kekurangan wang.
Beliau turut memaklumkan hanya menerima bantuan JKM sebanyak RM 200 dan sekali sekala ada hamba Allah membantu beliau untuk mengisi borang Baitulmal Perlis (borang kuning). Bagi bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis , beliau sangat-sangat memohon untuk dinaikkan jumlah bantuan agar dapat menampung pembelian ubat-ubatan dan perbelanjaan harian.
Kami telah berusaha membantu beliau untuk pergerakan ke HTF. Pihak kami telah menghubungi Sdr. Rizal dari UNIC CARE north.my bagi perkhidmatan Ambulan Percuma mereka. Ia adalah satu projek CSR syarikat berkenaan. Didoakan semoga Allah SWT merahmati dan murahi rezeki pekerja serta syarikat berkenaan.
Untuk pengetahuan semua, makcik Timah ada seorang anak lelaki yang menghidap penyakit SLE dan turut tidak dapat menjalani rutin harian dengan baik.
Pertanyaan dan maklumbalas boleh hubungi Bendahari NGO Anak Padang Besar ditalian 011-6147 6170
Comments
Post a Comment